Dr Syed Husin Ali dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau memperolehi ijazah pertamanya dalam bidang Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya (Singapura). Beliau kemudiannya memperoleh ijazah sarjana daripada universiti yang sama di Kuala Lumpur pula, sebelum melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ph.D di London School of Economics and Political Science, England. Beliau merupakan professor antropologi dan sosiologi di Universiti Malaya selama 28 tahun sebelum diminta bersara kerana kegiatan politiknya. Sebagai ahli akademik dan juga aktivis sosial dan bukunya 'Dua Wajah' merakamkan penahanan tanpa bicara beliau di Kem Kamunting (1974-80) di bawah undang-undang kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri. Antra tulisan Dr Syed yang lain ialah 'Social Stratafication in Kampung Bagan'; 'Apa Erti Pembangunan'; 'Malay Rural Society and Leaderships; 'Poverty and Lendlessness in Kelantan; 'Etnicity, Class and Development (ed.); 'Isu Raja dan Perlembagaan dan Merdeka, Rakyat dan Keadilan. Beliau, yang kini merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), tinggal di Petaling Jaya, Selangor bersama isteri, tiga anak dan cucunya.